bahasa melayu kertas 2: karangan
Pada suatu masa dahulu, tinggal sebatang kayu yang bernama Kayu. Tidak terdapat apa-apa yang istimewa dalam kayu ini. Ia tidak mempunyai kebolehan yang luar biasa. Ia boleh dimakan api pada bila-bila masa. Ia boleh reput dan mati. Ia seperti kayu-kayu yang lain. Sejenis kayu yang biasa.
Tetapi, Kayu mempunyai cita-cita yang tinggi. Iaitu untuk menjadi kayu yang berkebolehan. dan dihormati oleh kayu lain. Untuk menjadi kayu yang mempunyai arah dalam hidup ini. Ia tidak mahu menjadi seperti kayu yang lain, menunggu dimakan api atau mereput sehingga mati.
Ia mahu menjadi seorang kelasi.
Bukan sebarang kelasi. Tetapi kelasi yang gagah dan berani. Bersedia menempuh ancaman ombak dan angin yang kuat. Keazaman dan ketegasannya menjadi panduan kayu ini mengharungi cabaran di sekolah kelasi.
Pada suatu hari, tragedi yang tidak di-anticipated-kan berlaku. Semasa Kayu berdiri di puncak kapal yang bergerak di tengah lautan, menikmati keindahan alam semulajadi, dia tergelincir dan terjatuh ke dalam lautan.
Apa yang mengejutkan tentang Kayu ialah dia tidak tahu berenang. Kayu telah cuba untuk bertahun-tahun, tetapi masih tidak dapat berenang dengan sempurna. Dan kelemahan ini menyebabkan dia hampir mati lemas dan tenggelam ke lantai lautan.
Namun begitu, apa yang mengecewakan Kayu ialah apabila dia mendapati tidak terdapat sesiapa yang menghulurkan sebarang bantuan. Sebaliknya, kelasi yang lain mengetawakan dia, kerana menganggap yang Kayu hanya bermain dalam air lautan. Ada yang marah terhadap Kayu kerana tidak mengambil kerjanya dengan serius.
Kapal tidak berhenti untuk menolong Kayu keluar dari lautan, tetapi meneruskan perjalanan yang masih jauh lagi.
Tiada sesiapa yang tahu apa yang berlaku kepada Kayu. Hikayat dan lagenda hanya menyimpul bahawa Kayu masih berada di tengah lautan. Masih cuba berenang untuk menyelamatkan dirinya.
Hanya Kayu dan lautan.
Seorang diri sahaja.


5 Comments:
Kayu tak usah takut kerana tak reti berenang. Tak akan tenggelam. Itulah sifat kayu. Kekal terapung walaupun dilanda ribut kencang.
Kayu bukan keseorangan di lautan. Ingat, ya? Ada ikan, kerang, rumpai...
dude.. caryns malay is 10x better than yours..
mwhahaha
- Vijay
takde ler.. *malu*
vijay: dude, are u hitting on her?? whack u ar!! hahaha
aahahahaha. dont u just love blogs.
-vijay
Post a Comment
<< Home